Falsafah yang dipegang oleh sekolah ini adalah berilmu, berdisiplin dan berwawasan serta sentiasa bertindak ke arah kecemerlangan dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi mencapai falsafah ini, pihak pentadbir, para guru dan anggota kakitangan sokongan sekolah ini akan memahami dan menghayati budaya kerja sekolah yang sentiasa mengamalkan dan menerapkan dalam aspek-aspek seperti berikut:
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Visi, Misi dan Matlamat Sekolah
- Memelihara & mempertingkatkan imej sekolah, jabatan & kementerian pelajaran setiap masa
- Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada para pelajar
- Mementingkan objektif bagi setiap tugas
- Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan
- Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah
- Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil
- Mengamalkan kepemimpinan melalui teladan dan perkhidmatan penyayang
- Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
- Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran |