欢迎来到昔华中学郑文添卓越校长荣休纪念网

2014年昔华国民型中学全体老师祝贺郑文添卓越校长荣休愉快!




PERSARAAN EN TEY BOON TIAM

Sebagai pengetua, En. Tey Boon Tiam dihormati oleh semua warga SMJK Seg Hwa. Semangat kebertanggungjawaban dan dedikasi menjalankan tugas menyebabkan beliau sangat disegani. Beliau telah berkhidmat di SMJK Seg Hwa dalam dua fasa. Fasa pertama beliau bertugas sebagai guru akademik iaitu dari tahun 1981 hingga 1988. Fasa kedua, beliau bertugas sebagai pengetua dari tahun 2008 hingga 2014. Kini, pada penghujung tahun 2014, beliau akan bersara ketika usia mencecah 58 tahun.

Mengimbau kembali era kelahiran, En. Tey Boon Tiam telah dilahirkan pada 05 Disember 1956 di Buloh Kasap, Segamat. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 10 orang adik-beradik. Beliau membesar seiring dengan awal kemerdekaan tanah air. Oleh itu, kehidupan keluarganya rata-rata berada dalam kesusahan. Atas kesedaran itulah, beliau sangat mengambil berat dan membantu ibu bapa bersama dengan adik-beradiknya. Kehidupan pada awal kemerdekaan meniup semangat kepada beliau untuk berdikari demi masa depan.

Alam persekolahan En. Tey Boon Tiam bermula pada tahun 1963. Ketika berusia 7 tahun, beliau mula bersekolah di SJK(C)Buloh Kasap. Pada tahun 1969, beliau menyambungkan pelajaran di SMJK Seg Hwa. Pada tahun 1975, beliau telah menyambung pelajaran pra-universiti di Kolej Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Selepas itu, En. Tey telah memilih Pengajian Cina di Universiti Malaya untuk meneruskan pelajarannya pada tahun 1977. Pada tahun 1980, beliau telah menamatkan pengajian dengan memperoleh segulung ijazah dalam bidang pengajian Tionghoa Universiti Malaya.

En. Tey bertemu jodoh dengan isterinya, Puan Liau Mee Yoke, Guru Penolong Kanan 1 di SJK(C)Seg Hwa dan dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu dua orang anak lelaki dan dua orang perempu-an.Anak sulungnya kini melanjutkan pelajarannya di BERJAYA University of Hospitality. Anak perempuan beliau pula menyambung pelajarannya di Nanyang Pol-ytechnic, Singapura dengan mengambil kursus Actuari-al Science Engineering. Anak ketiga beliau merupakan pelajar Tingkatan 5 di SMJK Seg Hwa manakala anak lelaki bongsu beliau belajar di Tahun 4 di SJK(C) Seg Hwa. Beliau seorang yang berfikiran terbuka dan tidak campur tangan dalam menentukan hala tuju dan pemili-han masa depan anak-anak.Beliau menggalakkan anak-anak supaya membuat keputusan sendiri dengan teliti demi masa depan masing-masing.

En. Tey amat berminat mengumpul setem sejak awal persekolahan. Beliau mengumpul setem bukan sahaja merupakan hobi, malahan merupakan satu pelaburan. Setiap cetakan dan gambaran di atas setem mempunyai maksud dan lambang merangkumi setem tempatan dan luar negara. Setem yang paling beliau gemar dan dianggap bernilai ialah setem dari negara China dan Malaysia.

Kerjaya sebagai guru atau pendidik berpulik sejak di bangku sekolah. Semuanya bermula apabila beliau amat teruja melihat kaedah yang digunakan oleh gurunya menyampaikan ilmu dalam kelas. Sejak itu beliau berazam untuk menjadi seorang pendidik seperti gurunya itu. Pada 16.1.1981 beliau mula berkhidmat sebagai guru di SMJK Seg Hwa dan mengajar Bahasa Cina selaras dengan minat dan kelulusan yang diperoleh dari universiti. Kepulangan beliau ke SMJK Seg Hwa sebagai guru diumpamakan sirih pulang ke gagang.

Semasa menjadi guru di SMJK Seg Hwa, tindakan seorang pelajar telah menyebabkan En. Tey terkesan dan memberi tanggapan yang mendalam terhadapnya.Pada masa itu, beliau telah memberi sebuah tajuk karangan kepada pelajar-pelajar.Salah seorang pelajar menulis karangan dengan baik. En. Tey telah membaca karyanya dalam kelas untuk menjadi contoh kepada pelajar lain. Tetapi pelajar tersebut tidak berpuas terhadap En. Tey kerana menganggap perbuatan ini seperti menceroboh privasinya. Hal ini menjadi pengajaran kepada beliau supaya meminta kebenaran daripada pelajar dahulu sebelum berkongsi karangan dengan pelajar lain. Pengalaman ini me-nyebabkan En. Tey menjadi seorang guru yang lebih baik dan matang.

Pada tahun 1988 hingga 2008, En. Tey telah berkhidmat di SMK Buloh Kasap. Banyak pengalaman dihimba menjadikan beliau lebih berwibawa dalam arus pendidikan negara. Pada 16 Januari 2008, En. Tey dilantik sebagai pengetua di SMJK Seg Hwa. Beliau berazam untuk melaksanakan satu rancangan baharu pada setiap tahun. Sebelum bersara, beliau akan melaksanakan rancangan “Bilik Kelas Abad Ke-21” bagi memudahkan para pelajar menggunakan teknologi elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran.

En. Tey acap kali menggalakkan pelajar-pelajar menjadi guru Bahasa Cina.Oleh sebab itu,bilangan guru Bahasa Cina di daerah Segamat tidak pernah kurang.Terdapat banyak guru di SMJK Seg Hwa merupakan anak murid beliau dan hal ini amat membanggakan.
Bak kata pepatah, bumi mana yang tidak ditimpa hujan,sebagai seorang pengetua beliau juga menghadapi cabaran dan dugaannya sepanjang tahun ini. Walau bagaimanapun, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni, beliau tetap tabah menghadapi segala cabaran dengan fikiran positif dan optimistik.

En. Tey juga telah mengesyorkan banyak buku dan novel terkenal kepada para pelajar.Beliau mengga-lakkan pelajar supaya banyak membaca sajak-sajak dan sastera-sastera terkenal di China untuk memahami budaya nenek moyang di samping menambahkan ilmu. Beliau juga mengesyorkan pelajar membaca novel-novel pendekar karya Jin Yong dan karya awal pengarang Qiong Yao.Beliau amat menghayati karya-karya ini dan mendapati cara penulisan para pelajar dalam karangan bahasa Cina dapat bertambah maju jikalau banyak latihan dan memupuk sifat membaca.

Antara kejayaan dan penghargaan yang diterima sepanjang perjalanan kerjaya beliau, En. Tey pernah memegang jawatan sebagai Guru Perpustakaan dan Media Lembaga Pusat Sumber, dan setiausaha PIBG sekolah. Beliau pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cermelang sebanyak 3 kali,iaitu pada tahun 1992, 2003 dan 2005. Beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru dalam Majlis Persatuan Guru Bahasa Cina Negeri Johor Kali Pertama.Selain itu, beliau juga mendapat pengiktirafan sebagai Pengetua Cemerlang DG54 pada 5.12.2011. Pencapaian dan kejayaan beliau meningkatkan usahanya untuk terus memberi sumbangan dalam bidang pendidikan.

En. Tey turut serta dalam penerbitan buku teks Bahasa Cina Tingkatan 1. En. Tey suka membaca pelbagai jenis karya atau sajak bahasa Cina.Apabila beliau terbaca karya penulisan yang baik,beliau akan mengumpulkan karya-karya tersebut serta membuat klasifikasi. Oleh itu, beliau mudah mendapat sumber apabila mengarang buku.Ekoran itu, beliau mengga-lakkan semua pelajar supaya membuat persediaan sebelum melakukan sesuatu dan menguruskan hal tersebut supaya menjadi lebih sistematik dan teratur.

En. Tey berpendapat bahawa,seorang pelajar yang baik perlu mempunyai perlakuan dan budi pekerti yang baik. Seseorang yang mempunyai nilai budi yang baik akan mempunyai daya usaha yang tinggi dan berusaha gigih memajukan perlakuan dan budi yang baik merupakan syarat terutama untuk menjadi seorang pelajar yang baik.

En. Tey ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ibu bapa, PIBG, Alumni SMJK Seg Hwa, serta Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Seg Hwa yang berhempas pulas memberi bantuan dan kerjasama kepada beliau. Selain itu, beliau juga berharap agar SMJK Seg Hwa dapat menjadi Sekolah Cemerlang dalam masa akan datang dan cemerlang dari semua aspek termasuk bidang akademik dan kokurikulum. Di sini, En. Tey menggalakkan semua pelajar SMJK Seg Hwa supaya gigih berusaha dan bersikap tidak mudah putus asa apabila menghadapi cabaran kerana inilah peluang untuk kita semua memajukan diri menjadi modal insan yang lebih baik dan cemerlang.

En. Tey telah mencurahkan sumbangan besar terhadap SMJK Seg Hwa sepanjang pekerjaan beliau dan berkhidmat dengan sepenuh hatinya. Dalam tem-poh 33 tahun berkhidmat, beliau telah Berjaya me-lahirkan ramai murid yang cemerlang lagi berbudi Ba-hasa. Sepanjang tempoh berkhidmat di SMJK Seg Hwa, beliau telah membawa banyak perubahan yang nyata di sekolah. Segala sumbangan dan jasa En. Tey disanjung setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan “TERIMA KASIH”. Selamat Bersara dan semoga sentiasa sihat dan bahagia di sisi keluarga tersayang. Terima kasih sekalung budi.

Disunting oleh:
Chooi Siok Yan (5A)Foo Fang Wen (4B)
Lim Jia Ying (5A)Vivian Choy Wei Wen (4B)
Yong Qing Qing (5C)Lee Yee Joe (4B)
Sumber:
Sidang redaksi Majalah Sekolah “The Tahang Rimau” SMJK Seg Hwa Tahun 2014


郑文添校长退休访谈录

时光荏苒,花开花落又是多少个年头。时间刷白了墙上鲜艳的粉漆,我校校长郑文添先生于今年正式退休。校长在昔华国民型中学服务分为两个阶段。第一阶段是从1981年至1988年,他在本校执教了八年。第二个阶段则是2008年,郑校长被擢升为本校校长,服务至2014年,58岁才荣休。

郑文添校长于1956年12月5日在昔加末北端的巫罗加什呱呱坠地。拥有十个兄弟姐妹的他得照顾弟弟、帮父母做家务。当时家境不富裕,小小的他就早已学会独立。七岁的他入读了加什小学,完成了小学教育后,就于1969年假昔华国民型中学继续学习生涯。1975年他在拉曼大学修读大学先修班。1977年于马来亚大学中文系深造,并在1980年毕业于马来亚大学教育系华文组。从小时候起,郑文添校长就已确定了自己的未来方向,就是成为一名教师。原因是他小时候看着老师教书,以有趣的方式传授知识,心生仰慕与尊敬,由衷认为教师就是一个很神圣的任务。

郑文添校长毕业后,一心想在柔佛州昔华国民型中学执教,如他所愿,他在1981年1月16日就回到了他的母校昔华国民型中学,然而与之前不同的是,他是以一名老师的身份踏进昔华国民型中学。当时马大华文系的毕业生只有八名,华文老师根本不足够,所以他一执教就顺理成章地成为了华文老师。

郑文添校长与廖美玉女士结为夫妻,育有二男二女,校长还幽默地解释他有“好好”,意为二子二女。长子现于成功礼待大学上学。而长女获取了奖学金在新加坡南洋理工学院就读精算工程学。次女现为昔华国民型中学中五生。小儿在昔华小学就读四年级。郑文添校长让孩子们读自己想要的科系、做自己想要的工作,走自己想要的人生,校长不强迫孩子也成为教职人员。

让郑文添校长印象最为深刻的学生,是当初他刚来执教时的学生。郑文添校长在当时也不过是个年轻的老师,那时给学生写作文《我的烦恼》,有位学生写得很优秀,他不假思索地就在全班面前将文章念了出来。他不知道这样做略欠妥当,只抱着“好文章就该分享”的念头,却不知此举侵犯了那位学生的隐私权。当时那位学生十分生气,还和他吵了架。事后当然和好了,那位学生如今也成为了一名教育工作者。经过这件事情后,他更加的小心谨慎,要在学生们面前发表学生的文章前,也会先询问那名学生。这样的经验让郑文添校长成为更好的教师,更加稳重成熟。

1988年他离开了昔华国民型中学,在2008年1月16日以校长的身份回到昔华国民型中学。郑文添校长以一年一计划为目标。他认为昔华国民型中学每一年都要有一个改革性的计划,如修复草场的围墙等。他今年的计划是要创造21世纪课室,这个课室里全都是科技,往后的学生也不必带那么繁重的书本。当然,并不是每一项计划都能顺利成功,曾经有一项计划失败了,那就是文学走廊。校长计划在学校的走廊贴上一些不同语言的文学作品,让师长学生们都能阅读欣赏,可惜此计划却不能如期实现。

郑文添校长常常鼓励他的学生们当华文老师。昔加末从不缺少华文教师大部分的原因在于郑文添校长。他任职间一直鼓励学生当老师,昔华国民型中学内就有十多名老师曾是他的学生,大多是华文老师。对此,他感到十分欣慰。

郑文添校长刚来昔华国民型中学时是身为一名华文老师,之后成为图书馆主任,后来就成了家教协会秘书。他曾获得卓越教师服务奖3次,分别是1992年、2003年、2005年。还有由柔佛华文教师联谊会主办的第一届模范教师,于5.12.2011荣升DG54级卓越校长。

担任校长这个工作并非一帆风顺,他必然会遇到困难,此时校长就会以积极的思考,正面的思维,解决问题。他身为一校之长,必须带动所有教师。遇到困难时就想办法解决,就算逃避了也于事无补。郑文添校长用积极的心态、平常心来看待每一个问题。有锁,就会有钥匙,再不然还有锁匠,所有问题必有解决的方案!

郑文添校长的工作非常劳苦,集邮成了慰籍他心灵的爱好。他收集了新加坡、马来西亚和中国的各种邮票,他认为这也算是一种投资。从各种各样、国际不同的邮票中,他能从中欣赏各国文化及美丽的景点。尤其是中国的邮票印了好多中国的文化,如书法等。他曾花费很多钱来购买邮票,却不后悔,因为那些邮票在现在可是价值连城呢!

郑文添校长认为一名好的学生应该要有好的品德。他觉得学业成绩固然重要,可一个人的品德欠佳,即使数十张的文凭也成就不了大事。所谓行行出状元,中学内的课程也并非能配合每个人的兴趣,或许到了技术学院,才找到自己得意之处。此刻有好的品德就能认真地学习,成为一个优秀的学生。所以真正决定一个学生的优劣的,是品德并非优等的成绩。

据大家所知,郑文添校长曾编写过我国初中一的华文课本。他也分享了一些关于写书的技巧给我们。当初在写课本之前,他只要阅读到了好文章,就收集起来,并分类收藏。日积月累,他所收集的资料变得越发充足。当他要写课本的时候,好文章、好资料垂手可得,不会像只无头苍蝇般毫无方向感。他也借此事情劝勉我们做事要有策划。

郑文添校长热爱阅读,他也推荐了一些书籍给大家,鼓励大家培养阅读的习惯。中国诗歌或名著等都是他首要推荐的,还有武侠小说。尤其是梁羽生以及金庸的武侠小说,每一章节开始都有七言绝句,这绝句浓缩了那一章节,初读还不明白绝句所要表达,待你读完一整章再重复读那绝句,就会豁然开朗。这让学生学习摘录要点的技巧。校长更是拥有了作者柏杨的一整套小说,其中他推荐了柏杨的短篇小说《龙眼粥》,讲述了一段前世今生的爱情故事。校长也认为琼瑶早期的爱情小说、林淑华的《生死恋》都是不错的言情小说。阅读经典名著《红楼梦》,随着年龄的增长,就会有不同的感受,双眼所读到的东西也会有所不同。这正是《红楼梦》的迷人之处。接着还有云中岳的《剑海情涛》以及星星月亮太阳等。

郑文添校长选择在五十八岁退休的原因是想让机会给下一代,有舍方有得。如今他年事已高,还占据着校长的位置只会徒增劳苦,更让“后浪”无法发挥。并且校长这个工作的压力巨大,琐事繁多,如今本身的体力不再充裕,也到了能够退休的年龄,何不就放下这些繁芜,好好休闲享受呢!

郑文添校长要感谢所有与他共事的老师,尤其是较为辛苦的华人老师,大家都辛苦了!校长不忘记向家长,家协,校友会及董事部所给予的支持与协助,致以万二分的谢意!郑文添校长也希望昔华国民型中学在未来能成为卓越的学校,无论是学术还是课外活动都能拥有标青的成绩,让我校学生走向更远的地方,扩大视野,看看这个世界的不同。所谓“前人种树,后人乘凉”他相信他的努力会使得昔华国民型中学更加优秀,他在最后也勉励了学生,有压力也千万别丧气,因为适当的压力就是推动力,促使你成为更好的自己!大家互勉!

最后,让我们代表全校师生,向郑文添校长致谢。谢谢您,校长!

资料整理:徐淑恩、林佳颖、杨庆勍、符凤文、蔡玮文、李依柔

资料来源:2014年昔华国民型中学校刊《虎岗》编委会


《碧血培桃李;丹心育英才》

郑文添卓越校长荣休叙别会于2014年10月25日假昔华国民型中学曾锡珪礼堂举行。这个叙别会是由校长当年的学生廖凤玲及林翠萍发起。为了感恩当年老师的教诲,她们召集了当年郑文添老师的华文班学生以及图书馆管理员共叙一堂。当晚共有253位资源中心管理员,75位中六生及30位嘉宾出席。

以《碧血培桃李;丹心育英才》为主题的叙别会场面温馨。大会更请来了当年图书馆管理员(今天已是小学副校长)林道义致词。30分钟的视频是最让人感动的。视频中带出了郑文添校长的一生,为华教鞠躬尽瘁三十年,培育了无数的英才,今天的督学,副校长,专栏作家及老师都是他当年的学生。

歌咏队在大会的尾声为嘉宾们献上三首歌曲,分别是《细水长流》,《光阴的故事》及《送别》,让大家彷佛回到当年,走过青春,走过年少;今天重逢,当年的老师以卓越校长的身份荣休了,当年的学生个个都学有所成,不负恩师的教诲。


资料来源:2014年昔华国民型中学资料中心团





© Copyright 2014 郑文添卓越校长荣休纪念网 All rights reserved.


Visitor Counter:

Visitor Hit Counter