Tahun | Sejarah Perkembangan Sekolah |
1928 | Sekolah ini diasaskan oleh golongan masyarakat yang terdiri daripada kaum Cina yang bertutur dalam dialek Hai Nam pada tahun 1925. Encik Long Siong Kong selaku pengerusi LPS telah berusaha menyewa sebuah kedai lama untuk dijadikan sekolah . Bilangan murid pada masa itu hanyalah 18 orang. Guru Besar yang pertama pada ketika itu ialah Encik Long Hin Sim. |
1938 | Bilangan murid bertambah dan bilik-bilik darjah tidak dapat memuat murid-murid baharu. Suatu tapak tanah yang seluas 0.40 hektar telah diderma untuk dimajukan menjadi tapak sekolah baru. Pembinaan bangunan sekolahbaru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 100 orang. |
1942- 1945 | Sekolah ini terpaksa ditutup kerana kecetusan Peperangan Dunia Kedua. Suatu peristiwa yang rintih dan menjadi peringatan kepada kita ialah dalam masa Peperangan Dunia Kedua itu, sebahagian daripada bangunan lama sekolah telah dimusnahkan oleh tentera udara Jepun. |
1953- 1957 | Sekeping tanah yang berhampiran dengan sekolah ini telah disumbangkan oleh Encik Foo Soo Luan untuk tujuan membina bilik darjah. Sebanyak 12 buah bilik darjah telah siap dibina. |
1961 | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang meminjam bilik darjah SJK ( C ) Pay Chee sebagai tempat mengajar sementara. |
1961- 1970 | 16 buah bilik darjah telah dibina termasuk bilik guru, pejabat dan bilik Guru Besar. Terdapat 24 kelas dan sesi persekolahan pagi dan petang diadakan disebabkan oleh penambahan murid-murid atas tranformasi pendidikan Negara yang menggalakkan kaum bukan cina belajar di SJK ( C). |
1970 | Bilangan murid mencecah 1000 orang, SJK ( C ) Pay Chee merupakan sekolah di kawasan luar bandar yang mempunyai paling banyak murid. |
1976 | Pejabat yang lama diubahsuaikan menjadi klinik pergigian dan mengadakan program pergigian untuk seluruh warga sekolah. |
1978 | Dato Ng Kim Fong menjadi pengerusii LPS . LPS di bawah pimpinan Dato Ng Kim Fong dapat menambahkan sebuah bangunan baru dua tingkat yang mengandungi sebuah perpustakaan dan 12 buah bilik darjah untuk menggantikan bilik darjah yang usang itu. |
1979 | Sebuah bangunan baru dua tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh timbalan menteri pendidikan pada masa itu. |
1980 | Pertubuhan pancaragam sekolah. |
1983 | Dengan usaha dan kegigihan LPS, PIBG, bekas murid tua dan masyarakat tempatan, sebuah gelanggang bola keranjang berbumbung telah dibina untuk memberi kemudahan kepada pelajar- pelajar bersenam dan masyarakat tempatan menggunakannya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sosial. |
1984 | Sesi persekolahan pagi sahaja yang dijalankan. |
1986 | Timbalan Perdana Menteri Gafar Ba ba merasmikan bangunan baharu. |
1988 | Kementerian Pendidikan Malaysia menyumbangkan RM 60 000 untuk pembinaan 4 buah bilik darjah yang baharu.YB Poh Ah Tiam menyumbangkan RM 20 000 membaikpulih bilik darjah yang using dan membina pintu gerbang sekolah. |
1995 | RM 600 000 dapat dikumpulkan melalui kutipan derma daripada orang awam untuk membina bangunan 3 tingkat bagi menggantikan bangunan lama sekolah. |
1996 | Disebabkan kekurangan peruntukan untuk pembinaan bangunan 3 tingkat, kutipan kali kedua melalui jamuan diadakan.Persatuan Chun Yong Gong menyumbangkan 100 set kerusi dan meja. |
1997 | Satu blok bangunan baru tiga tingkat mengandungi 15 buah bilik darjah dan sebuah tandas baru dibina untuk menggantikan bangunan yang lama yang dibina pada tahun 1953 kerana bangunan itu dirosakkan oleh anai-anai.Bangunan tiga tingkat itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dato Fong Chan Onn pada 14 November 1998 semasa meraikan hari ulang tahun ke-70 sekolah.Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar belajar komputer, sebuah kelas komputer diwujudkan dengan kerjasama dan usaha LPS, PIBG serta Syarikat Edutech. |
2000 | Siap pengubahsuaian pentas sekolah. |
2001 | Pembinaan sebuah gazebo dan landasan kesihatan. |
2002 | Pengubahsuaian bilik pergigian dan pemasangan sistem PA. |
2003 | Guru-guru bekerjasama dengan syarikat iklan menyempurnakan mural sekolah. Gazebo sekolah diberikan nama “福安亭”. |
2005 | Awnin telah siap dibina di belakang bangunan tingkat tiga. |
2006 | Pelancaran Program Penyayang. |
2007 | Karnival dijalan.Program Khidmat Masyarakat Mahasiswa. |
2008 | Sebuah kantin dan dewan serbaguna dibina. Bangunan baru ini dirasmikan oleh Datuk Seri Fong Chan Onn. |
2009 | Kantin baru dan dewan serbaguna siap dibina. |
2010 | Pembukaan Pra Sekolah. Karnival Sinchew Jit Poh.Dibawah sumbangan AJK PIBG dan orang awam, kerusi dan meja PVC dari tahun 1 hingga 5 disediakan. |
2011 | 12 November meraikan Ulangtahun sekolah dan mengutip derma untuk pengubahsuaian bumbung dewan sekolah, bumbung bangunan pra sekolah, menambahbaikan lantai gelanggang bola keranjang dan pengubahsuaian tandas murid. |
2012 | Pembukaan Pendidikan khas. New Southern Records Sdn Bhd ( NSR ) menyumbangkan RM 10 000 . Dibawah pertolongan Rotary Club Tampin, pihak sekolah mendapat sumbangan daripada Rotary International sebanyak US 10300 untuk membeli 500 buah kerusi PVC, pemasangan sistem PA di pentas dan membeli papan hitam melengkung.Disebabkan kekurangan duit semasa pembelian barangan di atas,PIBG sekolah membayar kekurangan tersebut. |
2013 | Mengecat semula bilik guru. |
2014 | New Southern Records Sdn Bhd ( NSR ) menyumbangkan RM 10 000 untuk Kelas Bestari. Pihak sekolah mendapat sumbangan buku cerita daripada Rotary International dibawah bantuan Rotary Club Tampin. |
2015 | 11 buah kelas bestari siap disediakan. Menganjurkan Kejohanan PingPong MSS Negeri Melaka. Mengecat bilik sains. |