17.1 Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform/ Sukan Dan Permainan;
a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja pasukan pakaian seragam yang ada di sekolah.
b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada setiap hari ISNIN.
c) Pelajar hendaklah menjadi ahli pasukan yang dianggotainya terus menerus dan keanggotaan pelajar direkodkan dalam
Jadual Kedatangan Sekolah oleh guru tingkatan.
d) Semua pelajar yang beragama Islam DIWAJIBKAN menjadi Ahli Persatuan Agama Islam.
e) Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli lebih daripada TIGA persatuan termasuk kelab.
f) Pelajar- pelajar digalakkan menumpukan SATU/ DUA acara olahraga yang diminati sahaja untuk mencapai
kecemerlangan.
g) Pelajar dibenarkan menjadi pemain/ ahli mana-mana SATU pasukan permainan yang diminatinya untuk memastikan
jadual latihan yang cukup dan prestasi yang cemerlang.
h) Setiap pelajar DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU Rumah Sukan yang ada di sekolah yang telah ditentukan oleh
Setiausaha Sukan Sekolah.
17.2 Gerakkerja Luar Yang Lain
a) Pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu akan dipilih mengikut kesesuaian/ kebolehan/
pengalaman pelajar berdasarkan keperluan semasa untuk mewakili sekolah/ daerah/ negeri.
b) Pemilihan pelajar mewakili sekolah/ daerah/ negeri dalam aktiviti tertentu akan dilakukan oleh Guru
Penasihat gerakkerja luar yang terlibat/ Setiausaha Sukan Sekolah/ AJK yang ditubuhkan/ GPK Kokurikulum/GPK
HEM.
c) Pelajar yang terpilih untuk menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar anjuran Sekolah/ Pejabat Pendidikan
Daerah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan WAJIBLAH mematuhi segala peraturan/ syarat yang
dikehendaki. Pelajar yang didapati melanggar peraturan/ syarat yang diwajibkan akan disingkir dari
menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar yang disertainya dan akan diambil tindakan lanjutan.
17.3 Syarat-Syarat Memegang Jawatan
a) Setiap pelajar hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja jawatan penting/ utama (Pengerusi/ Naib Pengerusi/
Setiausaha/ Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Penolong Bendahari) dan DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/
Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Unit Beruniform di sekolah.
b) Kes- kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada budi bicara antara guru tingkatan/ guru penasihat/
penyelaras-penyelaras unit kokurikulum/ setiausaha kokurikulum/ GPK Kokurikulum/ GPK HEM.
17.4 Aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
17.5 Pakaian semasa menjalankan aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah adalah seperti yang dinyatakan di dalam 6.6 dan 6.7. Etika berpakaian Rasmi dan Kelengkapan Sekolah.
17.6 Pelajar-pelajar yang terlibat menjalankan/ menyertai/ mewakili/ sekolah/ daerah/ negeri dalam apa-apa jua aktiviti/ kegiatan/ gerak kerja luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN ibu bapa/ penjaga secara bertulis dan kemukakan kepada guru yang bertanggungjawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pelajar yang berkenaan boleh diambil tindakan.
17.7 Pelajar- pelajar yang ingin menjalankan/ menyertai gerak kerja luar/ kajian luar/ apa jua aktiviti hendaklah menunjukkan Surat Kebenaran/ Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/ penjaga/ pihak-pihak yang terlibat agar dapat memberi nasihat/ memastikan keselamatan pelajar tersebut.
17.8 Perbelanjaan/ kos bagi menjalankan kajian luar mata pelajaran adalah ditanggung oleh pelajar yang terlibat.
17.9 Sesuatu lawatan di dalam/ keluar/ daerah/ negeri seramai LIMA orang/ lebih pelajar yang diiringi oleh guru/ guru- guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pengetua/ pihak berkenaan serta menepati peraturan lawatan/ rombongan yang ditetapkan.
17.10 Pelajar hendaklah menghantar hasil kajian mengikut masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Keputusan peperiksaan pelajar akan tergugat jika pelajar gagal berbuat demikian.
17.11 Guru- guru yang bertanggungjawab membawa/ menyelia/ mengawasi/ melatih pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti/ kegiatan/ gerakkerja/ apa-apa jua/ hendaklah sentiasa memastikan segala langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan sewajarnya.
Guru- guru/ Pengetua/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan/ Kerajaaan Malaysia tidak boleh disabitkan/ didakwa/ dibawa ke mahkamah di dalam sebarang kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yang dialami oleh pelajar di dalam gerakkerja kokurikulum/ apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/ Jabatan Pendidikan/ |