Banner Maker
MEGA GOLD ACCORD (M) SDN. BHD
AMALKAN TABIAT YANG SELAMAT
 
Photobucket
Mesyuarat peti keselamatan wajib diadakan sebelum kerja harian dilakukan.
 
 
Photobucket
Pakai alat pelindung diri yang lengkap sebelum memulakan kerja.
 
Photobucket
Pakai but keselamatan untuk mengelak kecederaaan.
 
Photobucket
Pakai topi keselamatan sepanjang masa untuk mengelakkan kecederaan kepala.
 
Photobucket
Ikutilah cara kerja yang selamat.
 
Photobucket
Ketahui dan patuhi tanda-tanda keselamatan.
 
Photobucket
Periksaan kesempurnaan jentera sebelum memulakan kerja.
 
Photobucket
Amalkan sistem pembuangan yang selamat dan sihat.
 
Photobucket
Inilah cara yang betul.
 
Photobucket
Pakai alat penyelamat ketika berada di permukaan air.
Pengenalan
 
Mega Gold Accord (M) Sdn. Bhd. (MGA) adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Aktiviti utama syarikat adalah pembinaan bangunan termasuk kerja - kerja mekanikal dan elektrikal, merekabentuk hiasan dalaman dan kerja-kerja mengubahsuai bangunan atau premis. Selain itu, MGA juga turut menawarkan perkhidmatan sebagai pengedar barang-barang seperti perabot, peralatan pejabat, barangan elektrik, pakaian dan eksesori, pakaian sukan dan aksesori, penghawa dingin, dan katering makanan halal. Aktiviti terbaru syarikat adalah menawarkan khidmat konsultan bagi pekerja-pekerja dalam sektor binaan untuk meningkatkan prestasi kerja mereka melalui latihan - latihan yang dianjurkan dengan usahasama pihak CIDB.
 
Khidmat Permohonan dan Pembaharuan 'Kad Hijau'
 
 
Setiap pekerja yang terlibat di tapak binaan di Malaysia mestilah berdaftar dengan CIDB. Pekerja yang telah berdaftar dengan CIDB akan diberi Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB atau lebih dikenali dengan nama 'Kad Hijau' sebagai pengenalan diri semasa berada di tapak binaan. Melalui kad ini, tahap kemahiran pekerja terbabit dapat dikenalpasti.
 
 

Contoh Kad pentaftaran CIDB

 
 
 
Photobucket
 
 
Kursus Akreditasi Personal Binaan
 
 
Objektif Kursus Pekerja Mahir Tempatan
  • Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan.
  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir.
  • Memastikan supaya pekerja mahir memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  • Memastikan hanya pekerja mahir dan kompeten sahaja yang layak bekerja di tapak binaan.
  
Syarat-syarat Permohonan
  • Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sektor pembinaan.
  • Pemohon perlu mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh laku/telah mengemukakan permohonan Kad Hijau.
  • Yuran bagi permohonan pertama akan dibiayai oleh CIDB dan pemohon dikehendaki membiayai sendiri permohonan yang seterusnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh CIDB.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh ditukar kepada tred lain.
  • CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat.
 
 Objektif Kursus Pekerja Mahir Asing Binaan
  • Mempertingkatkan tahap kualiti kerja di tapak binaan.
  • Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya pekerja mahir.
  • Memastikan supaya pekerja mahir memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  • Menggalakkan hanya pekerja binaan yang berkemahiran sahaja bekerja di tapak binaan.
  • Memenuhi keperluan peraturan Jabatan Imigresen Malaysia untuk lanjutan pas lawatan (kerja sementara) untuk pekerja asing binaan.
  • Menyediakan mekanisma untuk memastikan hanya pekerja asing binaan yang kompeten sahaja mendapat lanjutan pas lawatan kerja sementara.
 
 Syarat-syarat Permohonan

  • Mempunyai pas lawatan yang sah di dalam bidang pembinaan sahaja.
  • Bebas daripada kesalahan jenayah atau apa-apa kesalahan perundangan negara.
  • Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan (90) hari sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan. CIDB berhak untuk menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tarikh tersebut atau mengenakan penalti sebanyak RM200.00/seorang.
  • Pemohon perlu mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh lakunya / telah mengemukan permohonan Kad Hijau.
  • Tred ujian yang dipohon tidak boleh ditukar kepada tred lain.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan surat daripada majikan.
  • CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen Malaysia terlebih dahulu.
  • CIDB hanya akan berurusan dengan pemohon / wakil yang dilantik oleh syarikat.
 
Khidmat Pendaftaran
 
  • Pembinaan Kejuruteraan Awam
  • Pembinaan Bangunan, dan
  • Mekanikal dan Elektrikal
 
Khidmat Pembaharuan, Kenaikan Gred, Tambahan Kategori / Pengkhususan dan Perubahan Butir-butir

Pihak kami pun ada mengaturkan kursus-kursus CCD points bersama dengan pihak CIDB bagi tujuan memudahakan pihak - pihak kontraktor membaharui sijil pendaftaran kontraktor CIDB.
 
 

UTAMAKAN KESELAMATAN

?
?
Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket
??????
?
 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di alamat yang tertera di bawah :

Mega Gold Accord Sdn. Bhd.

No. 26A & 28, 1st Floor, Jalan 1,

Taman Sri Kluang,

86000 Kluang,

Johor Darul Ta'zim.

No. Tel. : 07-777 1363

No. Fax : 07-777 1753

No. H/P : 012-783 5111 ( Pn. Azizah )

Email : gbskluang@gbs2u.com
No. H/P : 012-729 2510 ( En. Ah Kiong )
 
Photobucket
 
TERIMA KASIH