PELANCONGAN, PENJAGAAN DIRI DAN KESIHATAN KOPERASI SERBAGUNA MIRI BERHAD
Berbekalkan 66 buah bas yang mana 34 daripadanya adalah bas ekspres manakala yang lainnya adalah bas henti-henti, Koperasi Serbaguna Miri Berhad mampu memberikan saingan kepada pasaran pengangkutan meliputi bandaraya Kuching, Sibu, Bintulu hinggalah ke Miri. Perkhidmatan pengangkutan diusahakan oleh koperasi ini melalui subsidiarinya, Miri Transport Company (MTC). MTC merupakan syarikat pengusaha bas yang terbesar dan tertua di Bandaraya Miri.
Operasi bas bermula seawal pukul 6.30 pagi dan berakhir pada jam 9.00 malam setiap hari. Tambang yang dikenakan adalah mengikut kadar yang'standard'tetapi bagi perkhidmatan sewaan bas ekspres, harga boleh dirunding mengikut persetujuan kedua belah pihak.
AKTIVITI • Perkhidmatan Kredit • Pajak Gadai Islam • Ternakan Burung Walet • Agensi Pelancongan